Fashion Masa Kini. Eceh

Assalamualaikum.

Eberi guk ebening tu ol of yu.
Do you andeseteng me spiking raik here, if yu ar not, neks taim i wil put subtitle below bereh ? 
hohoho.

Today ambe wil tok abauk satu benda. 

Semua orang tahu pasal ni even spongebob di BikiniBottom pun tahu *tak percaya pergi tanya sendiri :p

Jeng jeng jeng!



Fashion masa kini. ecewah!

Seterek to de poing, i wil raik abauk 'tudung'

Allright, cakap pasal tudung, hah mestilah berkaitan dengan perempuan.
Takkan si jantan pula nak pakai tudung, kan hancur pula hati mak kome :/



As we know tudung ni tujuan dia nak menutup aurat iaitu rambut.

Tapi kena faham,
aurat perempuan bukan setakat rambut je. Undesteng?

Aurat perempuan ni semua anggota badan kecuali tapak tangan dan muka.

Sila faham ya, TAPAK TANGAN. 
bukan dari bahu hingga ke siku,
idok. idok

So kalau pakai tudung tapi baju lengan pendek still tak kira menutup aurat.



Ehem ehem. Eh bukan nak cerita pasal tangan ke kaki ke. *insyaAllah next entry maybe

Ni nak cerita pasal tudung. :)


         "alaaaa buat apa nak cerita pasal tudung, semua orang dah tahu kot"

         " ye ke dah tahu? tapi ramai je yang bertudung tapi tak menutup aurat"

         "eh cemana tu?"


Okey dah pakai tudung. Cantik.
Tapi pakai dengan cara yang salah.


Erk.
Hah.
Haaaaaah!.

Masuk di sini macam pakai tudung, tapi tudung singkat. Hah cenggituhlah.

Aiwah.


Nabi kata akan ada pada akhir zaman, perempuan yang bersanggul tinggi macam bonggol unta dan perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang.

Golongan ini tidak akan dapat menghidu bau syurga, apatah lagi nak masuk



Alright.
Ni example tudung zaman sekarang :)

1.Tudung Mickey Mouse.

Amboi comel betul nama tudung.
Pemakaian tudung ini yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga.

Mungkin untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. :/

*kesian mickey sobs sobs



2. Tudung lilit

Jenis tudung ini memang nampak macam dah tutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja.

*tapi dah banyak dah yang jual shawl yang labuh-labuh sekarang heee :)



3.Tudung ' See through '

Haa tudung ni memang labuh jugaklah.

Tapi masalahnya sekarang kain tudung yang nipis. 
menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.

*pakailah inner ye.



4. Tudung Jambul

Jenis tudung ni yang menutup rambut bahagian belakang tapi keluar jambul kat depan macam jambul unta.

*kadang-kadang pun boleh tertukar, "awak ni manusia ke unta?" eh eh



5.Tudung saji

Ni pesen sekejap pakai tudung ,sekejap tak.

Dia ikut mood kot. 
Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian. 

*amboi hang ingat time kematian je kena pakai tudung, yelah sebab insaf kejap. Pastu buang balik. grrr



Inilah realiti.

Bukan semua tapi segelintir.

Orang sekeliling pun boleh nilai diri kita melalui cara pemakaian.


Ni ada lagi yang dah pakai tudung labuh, menutup aurat tapi muncul pulak bonggol atas kepala.

Pesen yang suka ternak siput kot atas kepala. Besar kemain.


Wahai sahabat, tolonglah faham.

Bila orang bertudung labuh, berpurdah , bukanlah tanda dia seorang yang sempurna.
Tak ada orang yang sempurna dalam dunia ni.

Tapi dia sudah memenuhi tuntutan agama. Alhamdulillah :)



Ayuh sahabat,
ayuh berubah.

sama-sama perbaiki diri.

Let's Hijrah . To jannah together insyaAllah.


Allah tak nilai seseorang based on harta atau rupa

lantak engkaulah ratu dunia sekali pun ada harta 7 keturunan tak habis.

Allah nilai berdasarkan Iman dan Ketakwaan hati kita.
Buatlah sesuatu ibadah tu dengan Ikhlas


Na'am. betul ikhlas tu kita tak boleh nak gambarkan.
Bab ikhlas atau tak itu kerja Allah nak nilai :)



#rpdbl

2 comments: